AJIL CARING STEPS 2026





TERMA & SYARAT PENYERTAAN AJIL CARING STEPS 2026


1. Kelayakan Peserta

- Terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan bukan warganegara.

- Peserta berumur 1 tahun ke atas pada tarikh acara dijalankan.

- Peserta di bawah umur 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga.


2. Pendaftaran & Bayaran

- Pendaftaran hanya akan disahkan selepas bayaran diterima sepenuhnya.

- Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan selepas pendaftaran disahkan.

- Tarikh tutup pendaftaran: 28 JANUARI 2026 atau Kuota Penuh


3. Baju & Kit Larian

Setiap peserta akan menerima satu kit larian yang mengandungi:

- Baju rasmi acara

- Medal (diberi selepas tamat larian)

- Bid larian

- Cabutan Bertuah 

- E Sijil ( akan di email )

- Pengambilan kit larian perlu dibuat pada tarikh & tempat yang ditetapkan.

- Penghantaran pos dibuat pada 22 Januari 2026 sehingga 25 Januari 2026 , bagi yang bayar selepas itu tiada kos penghantar melalui pos.


4. Keselamatan & Kesihatan

- Peserta bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kecergasan diri untuk menyertai larian.

- Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan atau kematian semasa acara.

- Peserta dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai acara.


5. Peraturan Larian

- Peserta mesti memakai bid rasmi sepanjang larian.

- Tiada kenderaan bermotor atau basikal dibenarkan.

- Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta melanggar peraturan atau berkelakuan tidak sopan.


6. Penangguhan / Pembatalan

- Penganjur berhak untuk menangguhkan, membatalkan atau menukar laluan acara atas faktor cuaca buruk, keselamatan, atau perkara luar kawalan.

- Tiada bayaran balik akan dibuat sekiranya acara dibatalkan atas faktor di luar kawalan.


7. Penggunaan Imej & Data

- Penganjur berhak menggunakan gambar dan video peserta semasa acara untuk tujuan promosi tanpa notis.

- Maklumat peribadi peserta hanya digunakan untuk urusan berkaitan acara.


8. Tanggungjawab & Pelepasan Tuntutan

- Dengan menyertai acara ini, peserta bersetuju melepaskan penganjur daripada sebarang tuntutan, kerugian atau liabiliti.


9. Kaedah Pembayaran

- Terdapat 1 kaedah pembayaran iaitu menggunakan perkhidmatan ToyyibPay secara langsung di hujung isian borang. Kaedah ini lebih pantas dan mudah tetapi caj RM1 perkhidmatan dikenakan.


10. Keterangan Lanjut

- Tuan/Puan digalakkan membaca dengan teliti maklumat-maklumat (termasuk poster-poster) yang telah dipaparkan di atas bagi mengelakkan pertanyaan berulang-ulang berkaitan keterangan yang telah dikongsi di atas.

- Sekiranya masih memerlukan keterangan lebih lanjut, bolehlah hubungi urusetia kami melalui aplikasi whatsapp  Admin GOFUN.my : 019 515 4490


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Kuantiti Harga (RM)
ACS2026 SUPER EARLY BIRD [T-SHIRT + MEDAL + NO BIB + E SIJIL] RM49
HABIS STOK
ACS2026 EARLY BIRD [T-SHIRT + MEDAL + NO BIB + E SIJIL ] RM55
HABIS STOK
ACS2026 NORMAL [T-SHIRT + MEDAL + NO BIB + E SIJIL] RM60
HABIS STOK
ACS2026 T-SHIRT RM35
HABIS STOK
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN