











TERMA & SYARAT PENYERTAAN LARIAN SANTAI GPMS 2026
1. Kelayakan Peserta
- Terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan bukan warganegara.
- Peserta berumur 1 tahun ke atas pada tarikh acara dijalankan.
- Peserta di bawah umur 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga.
2. Pendaftaran & Bayaran
- Pendaftaran hanya akan disahkan selepas bayaran diterima sepenuhnya.
- Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan selepas pendaftaran disahkan.
- Tarikh tutup pendaftaran: 4 FEBRUARI 2026 atau Kuota Penuh
3. Baju & Kit Larian
Setiap peserta akan menerima satu kit larian yang mengandungi:
- Baju rasmi acara
- Medal (diberi selepas tamat larian)
- Bid larian
- Cabutan Bertuah
- E Sijil ( akan di email )
- Pengambilan kit larian perlu dibuat pada tarikh & tempat yang ditetapkan.
- Penghantaran pos dibuat pada 01 Februari 2026 sehingga 3 Februari 2026 , bagi yang bayar selepas itu tiada kos penghantar melalui pos.
4. Keselamatan & Kesihatan
- Peserta bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kecergasan diri untuk menyertai larian.
- Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan atau kematian semasa acara.
- Peserta dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai acara.
5. Peraturan Larian
- Peserta mesti memakai bid rasmi sepanjang larian.
- Tiada kenderaan bermotor atau basikal dibenarkan.
- Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta melanggar peraturan atau berkelakuan tidak sopan.
6. Penangguhan / Pembatalan
- Penganjur berhak untuk menangguhkan, membatalkan atau menukar laluan acara atas faktor cuaca buruk, keselamatan, atau perkara luar kawalan.
- Tiada bayaran balik akan dibuat sekiranya acara dibatalkan atas faktor di luar kawalan.
7. Penggunaan Imej & Data
- Penganjur berhak menggunakan gambar dan video peserta semasa acara untuk tujuan promosi tanpa notis.
- Maklumat peribadi peserta hanya digunakan untuk urusan berkaitan acara.
8. Tanggungjawab & Pelepasan Tuntutan
- Dengan menyertai acara ini, peserta bersetuju melepaskan penganjur daripada sebarang tuntutan, kerugian atau liabiliti.
9. Kaedah Pembayaran
- Terdapat 1 kaedah pembayaran iaitu menggunakan perkhidmatan ToyyibPay secara langsung di hujung isian borang. Kaedah ini lebih pantas dan mudah tetapi caj RM1 perkhidmatan dikenakan.
10. Keterangan Lanjut
- Tuan/Puan digalakkan membaca dengan teliti maklumat-maklumat (termasuk poster-poster) yang telah dipaparkan di atas bagi mengelakkan pertanyaan berulang-ulang berkaitan keterangan yang telah dikongsi di atas.
- Sekiranya masih memerlukan keterangan lebih lanjut, bolehlah hubungi urusetia kami melalui aplikasi whatsapp Admin GOFUN.my : 019 515 4490