MANIR NATURE FUN RUN 2026



TERMA & SYARAT PENYERTAAN

MANIR NATURE FUN RUN 2026


1. Kelayakan Peserta

1.1 Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara.
1.2 Peserta mestilah berumur 1 tahun ke atas pada tarikh acara berlangsung.
1.3 Peserta berumur bawah 18 tahun wajib mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga.


2. Pendaftaran & Bayaran

2.1 Pendaftaran hanya sah selepas bayaran diterima sepenuhnya.
2.2 Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan setelah pendaftaran disahkan.
2.3 Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 21 Mei 2026 atau apabila kuota penyertaan telah penuh (mana yang terdahulu).


3. Baju & Kit Larian

3.1 Setiap peserta akan menerima kit larian yang mengandungi:

  • Baju rasmi acara

  • Medal (diberikan selepas tamat larian)

  • Bib larian

  • Penyertaan cabutan bertuah

  • E-Sijil (akan dihantar melalui email)

3.2 Pengambilan kit larian hendaklah dibuat pada tarikh dan lokasi yang akan dimaklumkan oleh pihak penganjur.

3.3 Penghantaran kit melalui pos akan dibuat pada 10 Mei 2026 hingga 15 Mei 2026.
3.4 Peserta yang membuat bayaran selepas tempoh tersebut tidak layak untuk penghantaran pos.


4. Keselamatan & Kesihatan

4.1 Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tahap kesihatan dan kecergasan diri.
4.2 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan atau kematian sepanjang acara berlangsung.
4.3 Peserta digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai acara.


5. Peraturan Larian

5.1 Peserta wajib memakai bib rasmi sepanjang acara.
5.2 Kenderaan bermotor atau basikal adalah tidak dibenarkan di laluan larian.
5.3 Penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang melanggar peraturan atau berkelakuan tidak sopan.


6. Penangguhan / Pembatalan

6.1 Penganjur berhak untuk menangguhkan, membatalkan atau mengubah laluan acara atas sebab:

  • Cuaca buruk

  • Faktor keselamatan

  • Keadaan di luar kawalan

6.2 Tiada bayaran balik akan dibuat sekiranya perkara di atas berlaku.


7. Penggunaan Imej & Data

7.1 Penganjur berhak menggunakan gambar dan video peserta untuk tujuan promosi tanpa notis terlebih dahulu.
7.2 Maklumat peribadi peserta hanya akan digunakan untuk tujuan berkaitan pengurusan acara.


8. Tanggungjawab & Pelepasan Tuntutan

8.1 Dengan menyertai acara ini, peserta bersetuju untuk melepaskan pihak penganjur daripada sebarang tuntutan, kerugian atau liabiliti yang mungkin timbul.


9. Kaedah Pembayaran

9.1 Pembayaran dibuat melalui platform ToyyibPay di akhir borang pendaftaran.
9.2 Caj perkhidmatan sebanyak RM1 akan dikenakan bagi setiap transaksi.


10. Keterangan Lanjut

10.1 Peserta digalakkan membaca semua maklumat yang telah disediakan (termasuk poster rasmi) bagi mengelakkan pertanyaan berulang.
10.2 Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: Admin GOFUN.my (WhatsApp): 019-515 4490


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Kuantiti Harga (RM)
MANIR NATURE FUN RUN EARLY BIRD PAKEJ LENGKAP RM45
MANIR NATURE FUN RUN NORMAL PAKEJ LENGKAP RM55
MANIR NATURE FUN RUN PAKEJ BAJU RM35 (TIDAK LAYAK CABUTAN UTAMA)
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN