.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
TERMA & SYARAT PENYERTAAN
TERENGGANU HERITAGE WALK 2026
1. KELAYAKAN PESERTA
1.1 Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara.
1.2 Peserta di bawah umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
1.3 Peserta bertanggungjawab memastikan semua maklumat yang diberikan semasa pendaftaran adalah benar, tepat dan lengkap.
2. KATEGORI ACARA
FUN WALK 3KM
Terbuka
3. PENDAFTARAN & BAYARAN
3.1 Pendaftaran hanya dianggap sah selepas bayaran penuh diterima dan disahkan.
3.2 Yuran penyertaan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan selepas pendaftaran disahkan.
3.3 Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 03 NOVEMBER 2026 JAM 5PM atau apabila kuota telah penuh, mana yang terdahulu.
3.4 Penganjur berhak menutup pendaftaran lebih awal sekiranya kuota penyertaan telah dipenuhi.
4. KAEDAH PEMBAYARAN
4.1 Pembayaran boleh dibuat melalui platform CHIP yang disediakan pada akhir borang pendaftaran.
4.2 Caj perkhidmatan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi akan dikenakan.
4.3 Pilihan bayaran Tunai / Manual bermaksud pembayaran melalui QR Code atau pindahan ke akaun bank yang ditetapkan.
4.4 Bukti pembayaran manual wajib dihantar kepada Admin GOFUN.my melalui WhatsApp untuk pengesahan.
5. PENGAMBILAN KIT LARIAN
5.1 Maklumat tarikh, masa dan lokasi pengambilan kit akan dimaklumkan melalui saluran rasmi penganjur.
5.2 Peserta hendaklah mengambil kit pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.
5.3 Semasa Kit Collection, pihak penganjur akan membuat semakan Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan rasmi bagi mengesahkan tahun kelahiran dan kategori peserta.
5.4 Sekiranya terdapat kesilapan kategori, pihak penganjur akan membuat pembetulan dan memberikan bib mengikut kategori yang sebenar.
5.5 Penghantaran kit melalui pos akan dibuat bermula pada 28 Oktober 2026.
5.6 Peserta yang membuat bayaran selepas tempoh tersebut tidak layak untuk penghantaran pos. Hanya pilihan self collect / ambik sendiri sahaja di lokasi dan tarikh yang telah ditetapkan. Terima kasih.
6. PERATURAN LARIAN
6.1 Peserta wajib memakai bib rasmi sepanjang acara.
6.2 Peserta hendaklah mengikuti laluan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
6.3 Peserta yang mengambil jalan pintas atau tidak mengikuti laluan rasmi boleh dibatalkan kelayakan.
6.4 Kenderaan bermotor dan basikal tidak dibenarkan digunakan untuk mendapatkan kelebihan dalam pertandingan.
6.5 Peserta hendaklah mematuhi arahan marshal, pegawai pertandingan dan petugas keselamatan.
7. KESELAMATAN & KESIHATAN
7.1 Peserta bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan dan kecergasan diri sesuai untuk menyertai acara.
7.2 Peserta yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan mendapatkan nasihat pegawai perubatan terlebih dahulu.
7.3 Peserta hendaklah mendapatkan bantuan petugas sekiranya mengalami masalah kesihatan semasa acara.
8. PENANGGUHAN / PEMBATALAN
Penganjur berhak mengubah, menangguhkan atau membatalkan acara sekiranya berlaku:
- Cuaca buruk;
- Faktor keselamatan;
- Bencana atau kecemasan;
- Arahan pihak berkuasa; atau
- Keadaan lain di luar kawalan penganjur.
Bayaran balik tidak semestinya diberikan bagi keadaan yang berlaku di luar kawalan pihak penganjur.
9. HADIAH & CABUTAN BERTUAH
9.1 Hadiah podium adalah berdasarkan kategori sebagaimana yang diumumkan dalam poster rasmi.
9.2 Peserta hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan sebelum hadiah disahkan.
9.3 Penganjur berhak meminta bukti identiti sebelum hadiah diserahkan.
10. GAMBAR & VIDEO
Dengan menyertai acara ini, peserta bersetuju bahawa gambar atau rakaman video sepanjang acara boleh digunakan oleh pihak penganjur bagi tujuan:
Dokumentasi • Laporan • Hebahan • Promosi Acara
11. MAKLUMAT PERIBADI
Maklumat peserta akan digunakan bagi tujuan pengurusan acara termasuk:
Pendaftaran • Pembayaran • Pengesahan Kategori • Bib Larian • E-Sijil • Keputusan Pertandingan • Hebahan Acara
Peserta hendaklah memastikan nama penuh, nombor Kad Pengenalan, tahun kelahiran, nombor telefon dan e-mel diisi dengan betul.
12. E-SIJIL
12.1 E-Sijil akan disediakan berdasarkan maklumat yang diberikan ketika pendaftaran.
12.2 Peserta bertanggungjawab memastikan ejaan nama adalah betul.
12.3 Sebarang pembetulan selepas acara boleh dikenakan caj sebanyak RM2 bagi setiap permintaan melalui sistem E-Sijil.
13. PERSETUJUAN PESERTA
Dengan membuat pendaftaran, peserta dianggap telah:
MEMBACA • MEMAHAMI • BERSETUJU
dengan segala Terma & Syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
PERTANYAAN LANJUT
ADMIN GOFUN.MY
WhatsApp: 019-309 4490
E-mel: admin@gofun.my
Penganjur berhak membuat pindaan terhadap Terma & Syarat dari semasa ke semasa sekiranya diperlukan.